Kembali ke Halaman Penuh

DagangNews.com – BPMB jamin pembiayaan Sukuk Econas Resource to Energy bernilai RM96 juta/span>

 

Kuala Lumpur, 14 April 2023

 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memberikan jaminan kewangan sehingga RM76.8 juta bagi penerbitan sukuk bernilai RM96 juta oleh Econas Resource to Energy Sdn Bhd (ER2E).

 

Sukuk ini adalah sebahagian daripada program ASEAN Sustainability SRI Sukuk Murabahah RM500 juta E2RE, yang akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada pembangunan Kompleks Pemulihan Suber dan Pelupusan (RRDC) dan Kemudahan Rawatan Sisa Berjadual Sumber Tenaga (R2E-SW) Bersepadu di Pengerang, Johor bagi meningkatkan kapasiti kemudahan pengurusan sisa berjadual di Malaysia.

 

AmInvestment Bank Berhad adalah penasihat utama dan pengatur kumpulan untuk program ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab berbesar hati memberikan jaminan kewangan untuk program Sukuk ER2E yang selaras dengan tujuan bank tersebut untuk menyokong pembangunan negara menerusi penyediaan modal berimpak tinggi.

 

“BPMB telah membangunan satu rangka kerja dikenali sebagai Measuring Impact on National Development (MIND) untuk menilai impak semua projek yang dibiayainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

MIND menilai secara objektif elemen-elemen pembangunan, sosio-ekonomi dan alam sekitar sesuatu projek dan keputusan penialaian ini saling melengkapkan proses penilaian kredit BPMB.

 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan ER2E, Datuk Mohd. Shafiee Mohd. Sanip berkata, RRDC R2E-SW yang terletak di Pengerang berada di lokasi strategik untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat yang beroperasi di seluruh negara, termasuk di sekitar kawasan industri berhampiran serta di selatan semenanjung tanah air.

 

“Ini akan menjadi kemudahan rawatan sisa bersepadu pertama di Johor yang memenuhi keperluan kapasiti rawatan khusus untuk sisa industri.”

 

Tambah beliau, projek ini akan membantu dengan sisa yang dijana di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), serta membantu mengelakkan kejadian pembuagan sisa berjadual secara tidak betul, yang mengakibatkan pencemaran sungai dan pencemaran umum.

 

Projek RRDC, R2E-SW akan dijalankan dalam dua fasa, dengan fasa pertama merangkumi tapak pelupusan yang selamat, loji pirolisis dan mikro, loji pengukuhan, loji rawatan leachate dan semua infrastruktur sokogan dan dijadualkan untuk memulakan operasi pada suku keempat 2023.

 

Fasa kedua akan melibatkan pembinaan Fasiliti Sisa Berjadual Tenaga-Sumber (R2E-SW) yang boleh merawat pelbagai jenis sisa industri dan pada masa yang sama, menghasilkan tenaga boleh diperbaharui menggunakan sisa tersebut.

 

ER2E juga terlibat dalam pengumpulan, rawatan, kitar semula, pemullihan dan pembuangan akhir sisa terjadual. – DagangNews.com



« Back