Kembali ke Halaman Penuh

Dagang News – Bank Pembangunan raih anugerah merit khas National Energy Awards 2022

 

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023

 

KeTSA memberi anugerah ini bagi menghargai usaha BPMB sebagai salah satu institusi kewangan pembangunan tersohor di Malaysia dalam mempelopori pembiayaan tenaga lestari.

 

BPMB memacu pembiayaan projek-projek lestari menerusi rangka kerja penilaian impak milik bank tersebut, yang dipanggil MIND Framework (Measuring Impact on National Development).

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab berkata, pihaknya amat berbesar hari menerima anugerah yang berprestij itu.

 

Katanya, sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan atau DFI, fokus pihaknya adalah untuk menyalurkan dana modal berimpak bagi menyokong pembangunan strategik dan lestari negara.

 

“Dengan menggunapakai rangka kerja penilaian impak kami, MIND Framework, di dalam proses menilai semua projek untuk dibiayai, kami dapat mengenalpasti projek-projek yang boleh memberikan kesan positif kepada negara secara holistik, sama ada dari segi keuntungan kewangan maupun sosial dan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan.

 

Terdahulu, BPMB diwakili oleh Ketua Bahagian MIND dan Kelestariannya, Hussein Mullar yang menerima trofi daripada Menteri KeTSA, Nik Azmi Nik Ahmad.

 

MIND Framework dibangunkan bersama Bank Dunia berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terpilih Bangsa-bangsa Bersatu (UN), sebagai satu rangka kerja holistic yang mengukur impak aktiviti projek pembangunan bagi melengkapi proses penilaian kredit BPMB yang sedia ada.

 

Menerusi MIND Framework, BPMB membolehkan pelbagai projek lestari yang memberikan impak positif yang strategic kepada negara, di dalam sektor tenaga hijau, tenaga dan produk dari bahan buangan, pengangkutan lestari serta industri hijau lain, menerusi produk-produk pembiayaan dan skim-skim berdedikasi.

 

NEA pula adalah satu usaha KeTSA bagi memberi penghormatan kepada organisasi-organisasi swasta Malaysia yang menerima pakai konsep dan cara kerja tenaga lestari di dalam apa jua industri dan sektor. – DagangNews.com