Kembali ke Halaman Penuh

DagangNews.com – Bank Pembangunan selesai penggabungan dengan Danajamin

 

Kuala Lumpur, 21 Mac 2023

 

Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) mengumumkan penyempurnaan penggabungannya dengan Danajamin Nasional Berhad, berikutan pemindahan perniagaan dan aku janji Danajamin dengan BPMB berkuat kuasa 1 Mac 2023.

 

Proses penggabungan itu bermula pada September 2021 dengan perjanjian yang ditandatangani antara BPMB dan pemegang saham Danajamin ketika itu, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MOF Inc. untuk pemerolehan 100% penanggung insurans jaminan kewangan.

 

Sejak itu, entiti yang digabungkan telah berjaya disepadukan. Penyepaduan itu termasuk menubuhkan pasukan kepimpinan bersatu, mentakrifkan semula tujuan Kumpulan BPMB, aspirasi dan nilai teras, dan mengharmonikan proses dan sistem, serta faedah pekerja.

 

Berikutan penyiapan Skim Pemindahan Perniagaan (BTS) awal bulan ini, penggabungan itu dimuktamadkan secara rasmi dengan penyerahan lesen Danajamin kepada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 6 Mac 2023.

 

Penggabungan ini merupakan sebahagian dariapda rancangan jangka sederhana Kerajaan untuk mengukuhkan dan menyelaraskan mandate IKP untuk menambah baik ekosistem kewangan pembangunan negara.

 

Penggabungan itu adalah sebahagian pelan jangka sederhana kerajaan untuk mengukuh dan menyelaraskan mandat Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) bagi menambah baik ekosistem pembiayaan pembangunan negara.

 

Pengerusi Kumpulan BPMB, Tan Sri Nazir Razak berkata, “Pengintegrasian BPMB dan Danajamin adalalah langkah pertama ke arah institusi kewangan pembangunan yang lebih kukuh dan tersusun (DFI) di Malaysia, lebih baik untuk menyokong perniagaan dan sector ekonomi yang disasarkan.

 

“BPMB bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan penggabungan selanjutnya, atas arahan Kerajaan,” ujar beliau.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab, berkata, “Ia adalah masa yang menarik untuk semua orang di BPMB, kerana penyempurnaan penggabungan ini bertepatan dengan ulang tahun ke-50 kami. Kami telah menyediakan modal impak untuk penggabungan negara sejak 1973.

 

“Kini sebagai sebuah entity yang bersatu, kami akan memanfaatkan gabunagn pengalaman, kepakaran dan kepelbagaian kami untuk melayani tujuan dan pelanggan kami dengan lebih baik,” ujar beliau. – DagangNews.com



« Back