Sejarah dan Latar Belakang

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) ditubuhkan pada 28 November 1973 sebagai institusi kewangan pembangunan untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana. Peranan Bank merangkumi penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan, latihan, dan khidmat nasihat, khususnya kepada pengusaha Bumiputera. Hari ini, BPMB memberikan pembiayaan jangka sederhana hingga jangka panjang kepada sektor ekonomi strategik.

Dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, BPMB telah dianugerahkan penarafan peringkat tertinggi, 'AAA' oleh RAM Rating Services Berhad ("RAM") dan Malaysia Rating Corporation Berhad ("MARC"). Ia dikawal selia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

Dengan nilai Aset Kumpulan sebanyak RM27 bilion (pada 31 Disember 2022), Kumpulan BPMB berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan pembangunan perniagaan di Malaysia.