Kemudahan Pembiayaan Islam

Jenis kemudahan Pembiayaan Islam yang ada ialah:
 

Pembiayaan Aset Tawarruq

Pembiayaan Aset Tawarruq adalah kemudahan pembiayaan berjangka Islam yang ditawarkan untuk membiayai perolehan aset seperti tanah*, bangunan, loji, jentera, peralatan, vesel dan lain-lain.

 

Pembiayaan Tawarruq Untuk Modal Kerja Tetap

Pembiayaan Tawarruq untuk Modal Kerja Tetap ialah kemudahan pembiayaan berjangka Islam yang ditawarkan untuk membiayai sebahagian keperluan modal kerja yang merangkumi pendahuluan, perbelanjaan mengurus dan pra-operasi.

 

Modal Kerja Pusingan Tawarruq

Modal Kerja Pusingan Tawarruq ialah kemudahan pusingan Islam yang ditawarkan untuk membiayai sebahagian keperluan modal kerja yang merangkumi pendahuluan, penghutang, perbelanjaan mengurus dan pra-operasi.

 

Jaminan Bank

Jaminan Bank ialah aku janji bertulis oleh Bank kepada pihak ketiga untuk menjamin obligasi oleh pelanggan. Bank memberikan jaminan untuk membayar sejumlah amaun tertentu apabila diminta oleh pihak ketiga, sekiranya pelanggan gagal memenuhi kewajipan mereka.

 

*Nota: Kelulusan terakhir ke atas pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan budi bicara pihak Bank