BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)

Bank Pembangunan Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan komited untuk memupuk bakat muda Malaysia yang akan menyumbang kepada agenda pembangunan negara, melalui program ‘BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship’ (BAGUS) kami. Program ini terbuka kepada pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam disiplin berkaitan perbankan di universiti terkemuka di dalam dan luar negara. |
Program BAGUS ini terbuka kepada pelajar cemerlang Malaysia yang layak dan telah mendapat penempatan di universiti terkemuka di dalam* dan luar negara, dalam disiplin pilihan serta memenuhi kriteria minimum berikut: |
- Warganegara Malaysia
- Umur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak lebih daripada 23 tahun.
- Melengkapkan program Pra-universiti/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan mencapai keputusan peperiksaan cemerlang dalam mana-mana yang berikut:
- STPM / A-Level: Minimum 3A
- Diploma / Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) 3.50
- Matrikulasi Australia: ATAR minimum 80%
- Program Asasi Amerika: Skor SAT minimum 1,200
- SPM: Minimum 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
- Keupayaan untuk menunjukkan kualiti dan potensi kepimpinan.
- Terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
- Pemohon tidak boleh menjadi penerima biasiswa atau anugerah lain dari organisasi / yayasan lain.
Penerima biasiswa kami akan mendapat akses kepada pengalaman pembelajaran terbaik di universiti terkemuka mengikut senarai universiti pilihan Bank untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersenarai seperti berikut:
- Perniagaan (Perakaunan, Perniagaan &Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
- Kejuruteraan dan Teknologi (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Penganalisis Data)
- Kajian lain yang berkaitan dengan Perbankan (Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, Berkaitan Syariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi, dll)
Biasiswa ini termasuk yuran pengajian, sara hidup, dan elaun biasiswa yang berkaitan. |
Setelah berjaya menamatkan program sarjana muda, penerima biasiswa akan ditawarkan peluang pekerjaan di Kumpulan BPMB untuk berkhidmat di Bank maksimum selama enam (6) tahun. |
Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk penilaian dan temu duga. |
* Senarai universiti tempatan:
- Universiti Malaya (UM),
- Universiti Putra Malaysia (UPM),
- Universiti Sains Malaysia (USM) and
- International Islamic University Malaysia (IIUM)
Hantarkan permohonan anda kepada kami di BAGUS@bpmb.com.my atau ke alamat di bawah:
BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)
Aras 20, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2611 3888
Faks: 03-2698 4395