Produk dan Perkhidmatan

Pasaran Wang

 

Pasaran wang adalah komponen pasaran kewangan untuk aset yang terlibat dalam penerimaan dan penempatan jangka pendek dengan tempoh matang sehingga satu tahun.

 

Instrumen pasaran wang

 
  • Instrumen pasaran wang jangka pendek

 

  • Deposit Tawarruq
 

Deposit Tawarruq (Berdasarkan prinsip Tawarruq)

 

Deposit Tawarruq (TWD) adalah produk deposit berdasarkan Bai ’Tawarruq. BPMB akan mendapatkan deposit dari pendeposit dimana dana Islamik ini akan digunakan untuk tujuan pembiayaan atau pelaburan lain yang mematuhi Syariah.

 

TWD adalah penjualan aset kepada pembeli dengan pembayaran tertangguh berdasarkan konsep Murabahah. Pembeli kemudian menjual aset tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.

 

Objektif :

 

Untuk memberikan pulangan tetap pendeposit

 

Untuk memberikan deposit berstruktur 

 

Aset Pendasar:

 

Minyak sawit mentah atau komoditi patuh Syariah lain dari pembekal yang berdaftar di pasaran komoditi.

 

Saiz Deposit :

 

Minimum : RM500,000.00.

 

Fi Dagangan :


* Fi Perdagangan Komoditi ditanggung oleh BPMB.

* Caj penghantaran (jika ada) adalah fi sebenar yang dikenakan oleh pembekal komoditi yang perlu ibayar oleh pendeposit.

 

Tempoh

 

Minimum: Semalaman

Maksimum: 60 bulan

 

Peningkatan / Pengeluaran Pra-Matang:

 

Keuntungan sifar.