SKIM INFRASTRUKTUR PELANCONGAN

ITEM DESKRIPSI
Objektif
  • Memberi bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat sedia ada dan baru yang berurusan dengan atau terlibat dalam aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pelancongan
Tujuan
  • Membiayai pengambilan tanah, pembinaan bangunan, jentera dan aset-aset lain yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan.
  • Untuk sebahagian daripada keperluan modal kerja syarikat-syarikat yang layak yang terlibat dalam industri pelancongan
  • Untuk membiayai kerja-kerja pembinaan/naik taraf bangunan/ hotel/pusat konvensyen/kemudahan sedia ada yang berada dalam industri pelancongan atau yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan.
Saiz Dana
  • RM1.0 Bilion
    (Agregat RM500 juta diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera merangkumi semua skim)
Tempoh Sah Guna
  • 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023
  • Permohonan yang diterima sebelum 31 Disember 2023 diberikan lanjutan sehingga 31 Mac 2024 untuk proses kelulusan
Sektor Sasaran
  • Semua aktiviti berkaitan pelancongan iaitu projek-projek yang menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan seperti (tetapi tidak terhad) kepada hotel, pusat konvensyen, kemudahan yang berkaitan dengan pendidikan, perubatan atau pelancongan agro
Kemudahan yang ditawarkan
  • Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
  • Semua pemohon mestilah mempunyai modal minimum sebanyak RM5.0 juta atau minimum 20% daripada jumlah pembiayaan yang dipohon
  • Pemohon mestilah mendapat sokongan (iaitu Surat Sokongan) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Kemudahan yang ditawarkan
  • Pembiayaan berjangka
  • Skim ini juga boleh distruktur untuk pembiayaan berbentuk sindiket / club deal
Tujuan Pembiayaan
  • Untuk tujuan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX)
Tempoh Pembiayaan
  • CAPEX : sehingga 20 tahun
  • OPEX : sehingga 5 tahun.
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80%
Jumlah Pembiayaan
  • Amaun pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian BPMB dan polisi kredit. Sebarang permohonan yang melebihi amaun maksimum perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah BPMB
  • Jumlah minimum RM5 juta
  • Sebagai panduan, dana yang tersedia bagi setiap pelanggan boleh ditentukan berdasarkan kategori berikut:
    • Keperluan modal kerja : sehingga RM50 juta
    • Pembangunan infrastruktur : sehingga RM100 juta
  • Jumlah di atas mungkin berbeza, tertakluk kepada penilaian kredit BPMB.
Kadar Pembiayaan
  • Kerajaan : COF + Margin – Subsidi 1.5%
  • Komersial: BFR + Margin – Subsidi 1.5%
  • Margin adalah sehingga 2% setahun. Kadar efektif tertakluk kepada kuasa melulus BPMB
Subsidi Keuntungan
  • 1.5% setahun
Perkara Berkaitan Kredit
  • Tertakluk kepada proses kelulusan kredit BPMB.