SKIM PENGANGKUTAN AWAM

ITEM DESKRIPSI
Objektif Meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dengan membiayai projek menambahbaik dan memperluaskan liputan serta perkhidmatan pengangkutan awam
Tujuan
  • Membiayai pembelian kenderaan iaitu teksi, bas dan lain-lain jenis pengangkutan awam
  • Membiayai projek infrastruktur pengangkutan awam bagi meningkatkan tahap perkhidmatan operator dan kemudahan awam
Saiz Dana
  • RM 100 juta
    (Agregat RM500 juta diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera merangkumi semua skim)
Tempoh Sah Guna
  • 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023
  • Permohonan yang diterima sebelum 31 Disember 2023 diberikan lanjutan sehingga 31 Mac 2024 untuk proses kelulusan
Sektor Sasaran
  • Operator bas
  • Teksi dan kereta api/operator rel
  • Lain-lain pengangkutan awam
  • Pembekal/pengilang atau pemasang kenderaan pengangkutan awam/kereta api
  • Kontraktor atau pemaju infrastruktur pengangkutan awam
Kelayakan
  • Pemilikan tunggal, Perkongsian, Sendirian Berhad, Syarikat Awam dan Koperasi.
  • Mesti didaftarkan di Malaysia
  • Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
Kemudahan yang ditawarkan
  • Pembiayaan berjangka bagi pemilikan peralatan, material dan aset
  • Skim ini juga boleh distruktur untuk pembiayaan berbentuk sindiket / club deal
Tujuan Pembiayaan
  • Untuk tujuan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX)
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80%
Jumlah Pembiayaan
  • Amaun pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian BPMB dan polisi kredit. Sebarang permohonan yang melebihi amaun maksimum perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah BPMB
  • Sebagai panduan, dana yang tersedia bagi setiap pelanggan boleh ditentukan berdasarkan kategori berikut:
    1. Teksi/bas : sehingga RM10 juta
    2. Gerabak/Keretapi : sehingga RM50 juta
    3. Pembangunan infrastruktur : sehingga RM50 juta
  • Jumlah di atas mungkin berbeza, tertakluk kepada penilaian kredit BPMB.
Kadar Pembiayaan
  • Kerajaan : COF + Margin – Subsidi 1.5%
  • Komersial: BFR + Margin – Subsidi 1.5%
  • Margin adalah sehingga 2% setahun. Kadar efektif tertakluk kepada kuasa melulus BPMB
Subsidi Keuntungan
  • 1.5% setahun
Perkara Berkaitan Kredit
  • Tertakluk kepada proses kelulusan kredit BPMB.