SKIM PEMBANGUNAN NEGARA

ITEM DESKRIPSI
Objektif
Menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) bagi membolehkan Malaysia mencapai pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kejuruteraan semula sosial
Tujuan
Menyediakan pembiayaan kepada entiti-entiti yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12
Saiz Dana
RM1.0 bilion
(Agregat RM500 juta diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera merangkumi semua skim)
Tempoh Sah Guna

1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025

Sektor Sasaran
Skim ini ditawarkan kepada semua sektor yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diperincikan dalam Lampiran 1
Kelayakan Pemohon
  • Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad dan Awam
  • Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
  • Pemilikan majoriti 51% oleh rakyat Malaysia
Kelayakan Projek
Projek-projek yang penting, menyumbang kepada pembangunan negara dan menyokong RMK-12

Lampiran 1
Kemudahan yang ditawarkan
  • Pembiayaan berjangka
  • Modal kerja pusingan
  • Skim ini juga boleh distruktur untuk pembiayaan berbentuk sindiket /club deal
  • Jaminan kewangan untuk terbitan Sukuk
Tujuan Pembiayaan
Untuk tujuan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX)
Tempoh Pembiayaan
  • CAPEX : sehingga 20 tahun
  • OPEX : sehingga 5 tahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80%
Jumlah Pembiayaan
  • Amaun pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian BPMB dan polisi kredit. Sebarang permohonan yang melebihi amaun maksimum perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah BPMB
  • Sebagai panduan, dana yang tersedia bagi setiap pelanggan boleh ditentukan berdasarkan kategori berikut:
    • Keperluan modal kerja : sehingga RM100 juta
    • Pembangunan infrastruktur : sehingga RM140 juta
  • Perkara di atas mungkin berbeza bergantung pada penaksiran kredit Bank
Kadar Pembiayaan
  • Kerajaan : COF + Margin – Subsidi 1.5%
  • Komersial: BFR + Margin – Subsidi 1.5%
  • Jaminan kewangan: Yuran jaminan - Subsidi 1.5%
  • Kadar efektif tertakluk kepada kuasa melulus BPMB
Subsidi Keuntungan
  • 1.5% setahun
Perkara Berkaitan Kredit
  • Tertakluk kepada proses kelulusan kredit BPMB