Objektif |
- Memberi bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat sedia ada dan baru yang berurusan dengan atau terlibat dalam aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pelancongan
|
Tujuan |
- Membiayai pengambilan tanah, pembinaan bangunan, jentera dan aset-aset lain yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan.
- Untuk sebahagian daripada keperluan modal kerja syarikat-syarikat yang layak yang terlibat dalam industri pelancongan
- Untuk membiayai kerja-kerja pembinaan/naik taraf bangunan/ hotel/pusat konvensyen/kemudahan sedia ada yang berada dalam industri pelancongan atau yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan.
|
Saiz Dana |
- RM1.0 Bilion
(Agregat RM500 juta diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera merangkumi semua skim) |
Tempoh Sah Guna | - 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023
- Permohonan yang diterima sebelum 31 Disember 2023 diberikan lanjutan sehingga 31 Mac 2024 untuk proses kelulusan
|
Sektor Sasaran | - Semua aktiviti berkaitan pelancongan iaitu projek-projek yang menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan seperti (tetapi tidak terhad) kepada hotel, pusat konvensyen, kemudahan yang berkaitan dengan pendidikan, perubatan atau pelancongan agro
|
Kemudahan yang ditawarkan | - Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
- Semua pemohon mestilah mempunyai modal minimum sebanyak RM5.0 juta atau minimum 20% daripada jumlah pembiayaan yang dipohon
- Pemohon mestilah mendapat sokongan (iaitu Surat Sokongan) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
|
Kemudahan yang ditawarkan | - Pembiayaan berjangka
- Skim ini juga boleh distruktur untuk pembiayaan berbentuk sindiket / club deal
|
Tujuan Pembiayaan | - Untuk tujuan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX)
|
Tempoh Pembiayaan | - CAPEX : sehingga 20 tahun
- OPEX : sehingga 5 tahun.
|
Margin Pembiayaan | |
Jumlah Pembiayaan | - Amaun pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian BPMB dan polisi kredit. Sebarang permohonan yang melebihi amaun maksimum perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah BPMB
- Jumlah minimum RM5 juta
- Sebagai panduan, dana yang tersedia bagi setiap pelanggan boleh ditentukan berdasarkan kategori berikut:
- Keperluan modal kerja : sehingga RM50 juta
- Pembangunan infrastruktur : sehingga RM100 juta
- Jumlah di atas mungkin berbeza, tertakluk kepada penilaian kredit BPMB.
|
Kadar Pembiayaan | - Kerajaan : COF + Margin – Subsidi 1.5%
- Komersial: BFR + Margin – Subsidi 1.5%
- Margin adalah sehingga 2% setahun. Kadar efektif tertakluk kepada kuasa melulus BPMB
|
Subsidi Keuntungan | |
Perkara Berkaitan Kredit | - Tertakluk kepada proses kelulusan kredit BPMB.
|