Produk dan Perkhidmatan
Pasaran Wang
Pasaran wang adalah komponen pasaran kewangan untuk aset yang terlibat dalam penerimaan dan penempatan jangka pendek dengan tempoh matang sehingga satu tahun.
Instrumen pasaran wang
- Instrumen pasaran wang jangka pendek
- Deposit Tetap Tawarruq
Deposit Tetap Tawarruq (Berdasarkan prinsip Tawarruq)
Deposit Tetap Tawarruq (TWD) adalah produk deposit berdasarkan Bai ’Tawarruq. BPMB akan mendapatkan deposit dari pendeposit dimana dana Islamik ini akan digunakan untuk tujuan pembiayaan atau pelaburan lain yang mematuhi Syariah.
TWD adalah penjualan aset kepada pembeli dengan pembayaran tertangguh berdasarkan konsep Murabahah. Pembeli kemudian menjual aset tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.
Objektif :
Untuk memberikan pulangan tetap pendeposit
Untuk memberikan deposit berstruktur
Aset Pendasar:
Minyak sawit mentah atau komoditi patuh Syariah lain dari pembekal yang berdaftar di pasaran komoditi.
Saiz Deposit :
Minimum : RM500,000.00.
Fi Dagangan :
* Fi Perdagangan Komoditi ditanggung oleh BPMB.
* Caj penghantaran (jika ada) adalah fi sebenar yang dikenakan oleh pembekal komoditi yang perlu ibayar oleh pendeposit.
Tempoh
Minimum: Semalaman
Maksimum: 60 bulan
Kadar Deposit Tetap Tawarruq:
TENURE | FD RATES |
---|---|
1M (30 days) | 3.20 |
2M (60 days) | 3.25 |
3M (90 days) | 3.35 |
6M (180 days) | 3.40 |
9M (270 days) | 3.55 |
12M | 3.60 |
Peningkatan / Pengeluaran Pra-Matang:
Keuntungan sifar.