BERNAMA - Bank Pembangunan Sasar Agih RM4.5 Bilion Pinjaman 2018 |
TUESDAY, 16 January 2018 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menyasar mengagihkan sehingga RM4.5 bilion pinjaman pada 2018, meningkat daripada RM4 bilion tahun lepas. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Shaharuddin Zainuddin, berkata sebahagian besar pinjaman itu akan diperuntukkan bagi segmen prasarana, walaupun bank itu merancang untuk mengimbangi semula portfolionya ke tiga sektor lain yang telah diberi mandat. |
« Back