UTUSAN MALAYSIA - BPMB sasar agih pembiayaan RM4b |
Selasa, 16 Januari 2018 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menyasarkan untuk mengagihkan pembia¬yaan antara RM4 bilion hingga RM4.5 bilion tahun ini meningkat lima peratus berbanding tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaharuddin Zainuddin berkata, agihan itu akan membabitkan empat sektor utama iaitu infrastruktur yang merangkumi 75 peratus daripada jumlah pembia¬yaan manakala selebihnya dalam sektor maritim, minyak dan gas serta teknologi. Katanya, tahun ini, BPMB juga akan memberi tumpuan untuk mengimbangi keempat-keempat portfolio tersebut dengan tumpu¬an turut diberikan kepada sektor-sektor lain yang turut penting kepada perkembangan ekonomi. |
« Back