Mod Pembiayaan

Pembiayaan Projek
 

Pembiayaan Projek adalah kaedah pembiayaan yang direka untuk projek berintensifkan modal jangka panjang di mana sumber pembayaran balik pembiayaan semata-mata berdasarkan aliran tunai yang dijana daripada projek tersebut. Kebiasaanya, pembiayaan dianjutkan kepada syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) dan tidak mempunyai atau pilihan alternatif yang sangat terhad kepada promoter (pemilik syarikat).

 

Pembiayaan Kontrak
 

Pembiayaan Kontrak adalah pembiayaan jangka pendek hingga sederhana yang ditawarkan kepada kontraktor, yang telah diberikan kontrak untuk membina dan menyempurnakan projek infrastruktur di bawah pengaturan bayaran peringkat siap.

 

Pinjaman Pembiayaan Tertunda
 

Pinjaman Pembiayaan Tertunda adalah pembiayaan jangka sederhana yang ditawarkan kepada kontraktor, yang telah diberikan kontrak untuk membina dan menyempurnakan projek infrastruktur berdasarkan konsep pembayaran tertunda. Pembiayaan ini direka untuk merapatkan jurang antara tempoh penyelesaian dan pembayaran sebenar yang dibuat oleh kerajaan kepada kontraktor.

 

Inisiatif Pembiayaan Swasta
 

Inisiatif Pembiayaan Swasta atau Private Finance Initiative (PFI) adalah skim yang direka untuk menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kemudahan awam. Skim ini memberi pembiayaan kepada pelabur sektor swasta dalam menyelesaikan projek PFI yang diberikan oleh kerajaan.

 

Pembiayaan Berstruktur
 

Pembiayaan Berstruktur adalah pembiayaan jangka sederhana hingga jangka panjang yang ditawarkan kepada pelanggan yang layak di mana pertimbangan adalah didasarkan kepada gabungan antara daya maju projek yang akan dilaksanakan serta kekuatan kewangan pemiik syarikat. Pembiayaan ini adalah untuk membantu pelanggan dalam pembinaan bangunan dan pemerolehan aset.

Dalam memenuhi keperluan pembiayaan khusus pelanggan kami, pembiayaan di atas dapat dipakejkan dalam berbagai Kemudahan Pembiayaan , baik secara konvensional atau berdasarkan prinsip Islam. Pakej pembiayaan yang menarik juga disediakan dengan syarat konsesi melalui pelbagai Dana & Skim Khas kami.