Overview
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank) sebagai institusi kewangan pembangunan, telah diamanahkan dengan peranan pembangunan untuk menyediakan pembiayaan kewangan jangka sederhana ke jangka panjang untuk projek infrastruktur, maritim dan sektor teknologi tinggi.
Bagi membolehkan Bank memainkan peranan sebagai perantara pembiayaan kewangan secara berkesan, Bank telah mewujudkan system pengurusan risiko yang komprehensif bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko, yang akan menggalakkan dan mengekalkan kualiti aset yang tinggi dan meminimumkan kebergantungan terhadap pinjaman cagaran dalam usahanya untuk mencapai mandat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sebagai institusi perbankan, di mana pinjaman menjadi urusan utama, pihak Bank berhadapan dengan risiko kredit, risiko kecairan, risiko operasi, risiko pasaran, risiko kadar faedah dan risiko produk dalam menjalani aktivitinya. Dalam menguruskan risiko perniagaannya secara berkesan dan efisien, pihak Bank telah dibimbing oleh Polisi Pengurusan Risikonya, yang telah membuat satu paduan asas yang kukuh untuk pengurusan risiko bersepadu dan sistem kawalan dalaman sebagai suatu komponen penguasaan syarikat yang baik. Polisi dan prosedur yang spesifik telah diwujudkan bagi setiap fungsi pengurusan risiko dalam Pengurusan Risiko Kumpulan, begitu juga dalam fungsi operasi Bank. Hingga kini, pengurusan risiko di dalam Bank dapat menghasilkan satu rangka kerja bagi mengenal pasti, menilai secara objektif dan secara aktif menguruskan kesemua kemungkinan risiko yang relevan dan peluang.