Return to Full Page

BERNAMA - Bank Pembangunan Sasar Agih RM4.5 Bilion Pinjaman 2018
TUESDAY, 16 January 2018
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menyasar mengagihkan sehingga RM4.5 bilion pinjaman pada 2018, meningkat daripada RM4 bilion tahun lepas. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Shaharuddin Zainuddin, berkata sebahagian besar pinjaman itu akan diperuntukkan bagi segmen prasarana, walaupun bank itu merancang untuk mengimbangi semula portfolionya ke tiga sektor lain yang telah diberi mandat.

Bank itu diberi mandat untuk menyediakan pembiayaan kepada sektor prasarana, minyak dan gas, maritim dan teknologi. "Malaysia memiliki keperluan prasarana yang besar, sekurang-kurangnya bagi tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang, jadi kami merancang untuk menumpukan lebih banyak pinjaman kami ke Sabah, Sarawak dan pelbagai projek koridor ekonomi seperti di Semenanjung Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan BPMB x Transformasi Nasional 2050 (TN50): Tempat Kerja Inisiatif Masa Depan, bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di sini, hari ini.



« Back