Return to Full Page

UTUSAN MALAYSIA - BPMB sasar agih pembiayaan RM4b
Selasa, 16 Januari 2018
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menyasarkan untuk mengagihkan pembia¬yaan antara RM4 bilion hingga RM4.5 bilion tahun ini meningkat lima peratus berbanding tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaharuddin Zainuddin berkata, agihan itu akan membabitkan empat sektor utama iaitu infrastruktur yang merangkumi 75 peratus daripada jumlah pembia¬yaan manakala selebihnya dalam sektor maritim, minyak dan gas serta teknologi. Katanya, tahun ini, BPMB juga akan memberi tumpuan untuk mengimbangi keempat-keempat portfolio tersebut dengan tumpu¬an turut diberikan kepada sektor-sektor lain yang turut penting kepada perkembangan ekonomi.

“Walaupun tahun ini dalam proses transformasi tetapi ini tidak bermakna kita akan mengurangkan tumpuan kepada sektor infrastruktur kerana kita akan terus menyokong segala usaha kerajaan dalam membangunkan projek infrastruktur negara. “Selain projek MRT misalnya, terdapat banyak projek infrastruktur yang turut dibangunkan di Sabah dan Sarawak termasuk Lebuh Raya Pan Borneo yang masih ba¬nyak ruang untuk menawarkan pembiayaan terutama kepada perusahaan kecil dan sederhana,” katanya selepas majlis pelancaran BPMB Workplace of the Future di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dan Pengerusi BPMB, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.



« Back