Return to Full Page

SINAR HARIAN – BPMB bantu bina rumah keluarga miskin
Jumaat, 24 Mac 2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Kota Bharu – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memperuntukan bina rumah baru bernilai RM45,000 untuk keluarga miskin di Kampung Biah, Perol di sini.

Timbalan Presiden bank tersebut, Abdul Hanif Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyerahkan urusan membina rumah berkenaan kepada kontraktor dilantik menyiapkan rumah untuk asnaf, Yusri Abdul Kadir, 42 dalam masa terdekat.

Setelah membuat permantauan di lokasi dan rumah lama milik Yusri, dia layak untuk menerima rumah baru dan kita luluskan RM45,000 bagi meringankan beban, tambahan pula dia mempunyai ramai anak.

Rumah lamanya sudah runtuh dan dinding berlubang teruk sehingga mengancam keselamatan dan mengakibatkan hidup mereka terjejas, jadi selepas ini dia akan terima rumah baru, katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Tapak Rumah Bantuan Bina Baru di Kampung Biah, Perol di sini, baru-baru ini. Turut hadir, Pengurus Cawangan Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Pada 21 April tahun lalu, pihak BPMB membuat lawatan ke tapak rumah itu dengan meluluskan bantuan rumah baru setelah membaca kisah keluarga Yusri pada 25 November dua tahun lalu yang mempunyai ramai anak hingga tercicir persekolahan dan ada anak kurang upaya (OKU) sindrom down.

Pihak bank menghargai usaha dilakukan Sinar Harian yang mencetuskan laporan mengenai kesukaran hidup keluarga Yusri hingga menarik pihaknya untuk sama-sama menghulurkan bantuan.

Setakat ini, bank ini sudah membina lima rumah di beberapa negeri selain Kelantan, termasuk di Sabah, katanya.
 



« Back