Return to Full Page

SINAR HARIAN – Rumah baru sambut Raya Haji
Isnin, 28 Ogos 2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Kota Bharu – “Memang keluarga ini layak setelah kami datang melawat, kami terus usahakan keluarga ini dapat rumah baharu, akhirnya rumah ini siap dan sempatlah mereka raikan Hari Raya Korban di sini.”

Itu reaksi Timbalan Presiden Kumpulan Komunikasi Korporat Bank Pembangunan, Encik Abdul Hanif Abu Bakar semasa menyampaikan kunci rumah dan meletakkan plak kenangan dari Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Kampung Biah, Nilam Puri.

Rumah bernilai RM45,000 dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air dapat memberi keselesaan kepada penghuninya iaitu Yusri Ab Kadir, 42 dan isterinya serta Rosnani Abdullah bersama 10 anak.

“Keluarga ini berada dalam kategori miskin tegar. Apabila kita tengok rumah asal, sebagai manusia biasa, kita tak tergamak nak pijak lantai kerana keadaannya terlalu using, jadi memang mereka perlukan rumah,” katanya.

Turut hadir kontraktor rumah, Mohd Harisan Ya, isteri Abdul Hanif Hanisah Salleh dan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.



« Back