Return to Full Page

MALAYSIA GAZETTE – Shaharuddin CEO baharu BPMB
Isnin, 11 September 2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Kuala Lumpur – Shaharuddin Zainuddin diumum sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Sebelum in Shaharuddin telah menyertai lembaga pengarah sebagai pengarah bebas pada 13 Februari lalu dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Kumpulan serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Risiko Kumpulan Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Kredit.

Shaharuddin merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perakaunan University of East Anglia, United Kingdom.

Beliau juga Felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun dan mempunyai 20 tahun pengalaman antarabangsa dalam bidang perbankan dan kewangan.

“Selain itu, Shaharuddin adalah professional pelaburan, sekuriti dan niaga hadapan yang berkelayakan dan Wakil Berdaftar Pihak Berkuasa Sekuriti dan Niaga Hadapan serta pemegang Sijil Pengurusan Pelaburan dikeluarkan oleh Pertubuhan Pengurusan Kawal Selia Pelaburan di United Kingdom,” kata BPMB.



« Back