Return to Full Page

BERNAMA – Shaharuddin Zainuddin dilantik Presiden/CEO Kumpulan BPMB
Selasa, 12 September 2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) melantik Shaharuddin Zainuddin sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuatkuasa hari ini.

Shaharuddin merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perakaunan University of East Anglia, United Kingdom, kata BPMB dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga Felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun dan mempunyai 20 tahun pengalaman antarabangsa dalam bidang perbankan dan kewangan.

“Selain itu, beliau juga merupakan professional pelaburan, sekuriti dan niaga hadapan yang berkelayakan dan Wakil Berdaftar Pihak Berkuasa Sekuriti dan Niaga Hadapan serta pemegang Sijil Pengurusan Pelaburan dikeluarkan oleh Pertubuhan Pengurusan Kawal Selia Pelaburan di United Kingdom,” kata BPMB.

Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata Shaharuddin sebelum ini menyertai Lembaga Pengarah sebagai pengarah bebas pada 13 Februari lepas dan berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit & Penilaian Kumpulan serta ahli Jawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan dan Jawatankuasa Kredit Lembaga berkenaan.



« Back