Return to Full Page


SINAR HARIAN – BPMB rai anak yatim
Sabtu, 2 Julai 2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepang – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) meraikan 110 anak yatim, fakir miskin, anak tahfiz dan lima pertubuhan sekitar Selangor pada majlis berbuka puasa, di sini baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Pengerusi BPMB, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah menyerahkan pembayaran zakat perniagaan BPMB berjumlah RM994,252.50 kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuanm, Mohd Raiz Alias.

BPMB turut menyerahkan sumbangan duit raya bersama beg cenderamata salain sumbangan tunai RM5,000 untuk setiap satu pertubuhan yang hadir pada majlis berkenaan.



« Back