Return to Full Page

BERITA HARIAN - Bank Pembangunan dalam proses 'pembersihan'
Khamis, 7 Mac 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), yang menjadi tumpuan berikutan dakwaan amalan peminjaman yang lemah sedang menjalani proses ‘pembersihan’ dan dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Zaiton Mohd Hassan, berkata BPMB akan bekerja keras bagi memantapkan kedudukan institusi kewangan pembangunan (DFI) itu dalam memenuhi mandatnya sebagai pemacu pembangunan negara dengan membantu syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka.

"Tidak ada jaminan, tetapi jaminan yang boleh kami beri adalah kami akan melakukan sebaik mungkin," katanya bagi mengulas mengenai langkah BPMB dalam menangani isu kelemahan amalan pemberian pinjamannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran Dana Transformasi Pendigitalan Industri (IDTF) berjumlah RM3 bilion di sini, hari ini.

Pelancaran dana itu disempurnakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Melangkah ke hadapan, Zaiton berkata BPMB akan melihat kepada standard kredit dan proses kredit syarikat supaya ia boleh menyeimbangkan peranan pembangunan tetapi tanpa mengorbankan kelayakan.

Sementara itu, Guan Eng berkata, beliau yakin di bawah pimpinan Zaiton, BPMB akan kembali pulih. "Kami percaya bahawa BPMB akan pulih dalam tempoh terdekat," katanya.



« Back