Return to Full Page

BERITA HARIAN - Arshad Mohamed Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif BPMB baharu
Isnin, 8 April 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Arshad Mohamed Ismail sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, BPMB berkata Arshad adalah ketua perniagaan perbankan global di Maybank Islamic Bhd sebelum pelantikannya.

Beliau juga adalah ketua pasaran modal Islam HSBC Amanah, ketua pengurusan aset di Aayan Capital, ketua kewangan korporat dan penasihat di Al Hilal Bank dan pengarah eksekutif, permulaan dan penstrukturan International Islamic Liquidity Management Corporation.

Ia berkata, Arshad memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari London Business School, United Kingdom.



« Back