Return to Full Page

UTUSAN MALAYSIA - Arshad Presiden, CEO BPMB baharu
Isnin, 8 April 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUALA LUMPUR 8 April - Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) melantik Arshad Mohamed Ismail sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuatkuasa hari ini.

BPMB dalam kenyataan berkata, Arshad sebelum ini merupakan Ketua Perniagaan Perbankan Global di Maybank Islamic Berhad.

Menurut syarikat itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pasaran Modal Islam HSBC Amanah, Ketua Pengurusan Aset di Aayan Capital Arab Saudi, Ketua Kewangan Korporat dan Penasihat di Al Hilal Bank Abu Dhabi dan Pengarah Eksekutif, Pengasalan dan Penstrukturan International Islamic Liquidity Management Corporation.

“Arshad merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada London Business School, United Kingdom,” katanya di sini hari ini.



« Back