Return to Full Page

BERNAMA - BPMB lantik Presiden/CEO kumpulan baharu
Isnin, 8 April 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Arshad Mohamed Ismail sebagai Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa hari ini.

BPMB dalam kenyataan hari ini berkata Arshad sebelum ini merupakan Ketua Perniagaan Perbankan Global di Maybank Islamic Bhd.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pasaran Modal Islam HSBC Amanah, Ketua Pengurusan Aset di Aayan Capital Arab Saudi, Ketua Kewangan Korporat dan Penasihat di Al Hilal Bank Abu Dhabi dan Pengarah Eksekutif, Pengasalan dan Penstrukturan International Islamic Liquidity Management Corporation.

Arshad adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada London Business School, United Kingdom.



« Back