Return to Full Page

BERITA HARIAN - Dana Transformation Pendigitalan Industri RM3 bilion dilancar
Khamis, 7 Mac 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) hari ini melancarkan Dana Transformation Pendigitalan Industri (IDTF) RM3 bilion bagi membantu Malaysia mencapai matlamat Industri 4.0.

Dana itu menawarkan pinjaman dengan subsidi kadar faedah dua peratus bagi syarikat Malaysia yang berminat untuk mendigitalkan perniagaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata dana itu diumumkan dalam Belanjawan 2019 untuk mempersiapkan Malaysia ke arah Industri 4.0.

"Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan bekerjasama dengan BPMB untuk menganalisis semua permohonan dan memastikan pinjaman itu disalurkan kepada sektor yang betul untuk teknologi yang betul," katanya pada pelancaran dana berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi BPMB, Datuk Zaiton Mohd Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidon dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya.

Mengulas lanjut mengenai IDTF, Zaiton berkata, dana berkenaan boleh digunakan untuk membiayai pembelian atau pembangunan aset khusus termasuk perisian, lesen dan paten.

Beliau berkata, dana itu disasarkan kepada syarikat teknologi atau syarikat pengeluaran yang menggunakan teknologi untuk memantapkan operasi mereka.

"Dana ini juga boleh diguna untuk membiayai projek atau kontrak dalam persekitaran teknologi digital," katanya.



« Back